satusabah

RELA lapor polis, tuntut Shafie menarik balik kenyataan



Pasukan Sukarelawan Malaysia membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal selepas klip video ucapannya yang merendahkan martabat serta kemampuan anggota RELA dalam satu majlis di Tuaran baru-baru ini.

Shafie yang juga ahli Parlimen Semporna menyatakan “RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik" mengundang kemarahan dikalangan anggota RELA khususnya di negeri ini.

Difahamkan Shafie mengeluarkan kenyataan itu sebagai respon mengenai cadangan anggota RELA akan ditempatkan di kawasan ESSZONE membantu agensi keselamatan yang lain.

Anggota dan pegawai  Rela berkenaan akan berfungsi sebagai barisan kedua bagi tugas pemantauan keselamatan di kawasan Esszone yang mempunyai pantai sepanjang lebih 1,700 kilometer.

Agensi-agensi penguat kuasa akan tetap menjalankan tugas mereka dan Rela akan membantu bagi melakukan pemantauan keselamatan bagi tempoh 24 jam di lokasi-lokasi yang telah ditentukan.

Paling penting ialah kese­lamatan masih tanggungjawab Esscom tetapi Rela akan membantu mereka kerana kawasan yang luas. 

Tonton VIDEO UCAPAN SHAFIE KLIK SINI


Loading...

Related

Shafie Apdal 7143198312266715598

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item