satusabah

Suluk bukan pencetus huru hara

Datu Lakson (tengah) menunjukkan laporan polis dan kenyataan yang diviralkan dalam WhatsApp
Kota Kinabalu : Persatuan Peranakan Suluk Sabah (PPSS) hari ini membuat laporan Polis ke atas seorang individu yang melabelkan bangsa Suluk sebagai bangsa yang mencetuskan huru-hara menerusi aplikasi WhatsApp Group Halatuju Politik Sabahan.

Setiausaha Agung PPSS, Datu Lakson Datu Majindi berkata kenyataan menghina itu bukan kali pertama, malah individu tersebut turut memfitnah bangsa Suluk dalam isu tertentu termasuk jenayah kekerasan, penyelewengan dalam pelantikan jawatan para pemimpin di Sabah dan sebagainya tanpa mengemukakan sebarang bukti.

“Ini bukan kali pertama dia menghina bangsa Suluk. Kami sendiri sudah menghubungi individu tersebut dan menasihatkannya supaya menarik balik kenyataan serta memohon maaf.

“Dalam banyak kali itu, kami masih bersabar tetapi apabila melibatkan beberapa isu sensitif dan pemimpin, kami pula dicabar untuk membuat laporan polis,” ujarnya.

Datu Lakson yang ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, juga mahu kerajaan menggubal akta yang menjelaskan Suluk berbeza dengan Tausuq.

“Saya tekankan bahawa Suluk hanya ada di Sabah, bukan Tausuq. Sekiranya ada yang mengaku Tausuq sebagai orang Sabah, kita minta pihak berkuasa supaya menyiasat kad pengenalan serta asal usul mereka,” tambah beliau.
Loading...

Related

Politik 5304559891720970036

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item