satusabah

Tempoh Reman Pemimpin Warisan disambung hingga jumaat


KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini membenarkan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony direman empat hari lagi, bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai RM155 juta di Tongod.

Tempoh sambungan reman Peter bermula esok dan berakhir pada Jumaat ini.

Peter, 47, yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, sebelum ini direman tiga hari sejak Sabtu lalu, selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.

Perintah sambungan reman terhadap Peter dibuat Majistret Stephanie Sherron Abie, berikutan permohonan dibuat Pegawai Pendakwaan SPRM Sabah, Mohd Faliq Basiruddin, pagi tadi, manakala Peter diwakili peguam Martin Tommy.

Terdahulu, Peter yang memakai baju lokap SPRM tiba dengan diiringi pegawai SPRM, pada kira-kira jam 8.30 pagi, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret dan dibawa keluar pada kira-kira jam 9.50 pagi.

Jumaat lalu, Peter dan seorang lagi individu, ditahan di ibu pejabat SPRM Sabah, di sini selepas disiasat kira-kira tiga jam.

Seorang lagi yang dicari SPRM, Michael Persius Ubu, 61, belum dapat dikesan sehingga kini.

Ini kali kedua Peter ditahan SPRM terbabit selepas kali pertama disiasat bersama-sama 12 individu lain, termasuk Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Kes terdahulu berkaitan penyelewengan dana awam kira-kira RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony direman empat hari lagi, bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai RM155 juta di Tongod.

Loading...

Related

SPRM 6550685482130563740

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item