satusabah

Tun M akan halang Anwar jadi PM


SHAH ALAM – Jawatan Perdana Menteri Malaysia ketujuh yang akan dipegang Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bersifat sementara seperti yang beliau akui.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, Mahathir akan sedaya upaya menghalang Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri kelapan.

“Difahamkan berlaku ketegangan ketika membincangkan calon perdana menteri Harapan dalam satu mesyuarat sebelum ini apabila Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bersetuju Tun Mahathir dilantik.

“Dikatakan, pada awalnya Wan Azizah berkeras mahu Anwar menjadi perdana menteri. Akhirnya beliau mengalah dan bersetuju Tun Mahathir menjadi perdana menteri manakala Anwar akan menjadi perdana menteri ke lapan sementara menunggu pengampunan dari Yang DiPertuan Agong,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Puad berkata, Mahathir tidak akan menyerahkan kerajaan kepada Anwar apabila tiba masanya nanti

“Kalau berfikir cara Mahathir, jawabnya ‘tidak boleh’. Kalau berfikir cara Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjadi perdana menteri ke lapan. Mahathir ada kata, beliau tak akan menjadi perdana menteri sehingga berusia 100 tahun. Beliau akan berusia 100 tahun pada tahun 2025.

“Ini bermakna, cara berfikir Mahathir ialah dia akan berhenti sebagai perdana menteri hanya setelah Mukhriz berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh tujuh tahun mulai hari ini,” katanya.

Jelasnya, ini bermakna Mahathir akan menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

“Ada tiga cara Mahathir berfikir untuk mengagalkan Anwar, iaitu beliau akan menasihatkan Yang DiPertuan Agong, Anwar tidak boleh diampunkan kerana jenayah liwat adalah adalah jenayah berat.

“Kedua, beliau akan memastikan lebih separuh daripada Ahli Parlimen akan menyokongnya kekal sebagai perdana menteri jika ada usaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen,” ujarnya.

Mohd Puad berkata, cara ketiga yang akan digunakan Mahathir adalah menyalahgunakan National Security Council Act 2016 untuk mengumumkan ‘State of Emergency’ jika merasakan kedudukannya terancam.

“Tun Mahathir ada pengalaman dalam hal ini. Beliau pernah menyalahgunakan ISA dalam Ops Lalang 1987 apabila kedudukannya terancam.

“Beliau juga boleh recycle balik apa yang pernah dilakukan dulu kerana bekas musuh tegarnya sendiri yang ‘recycle’ beliau untuk menjadi perdana menteri ‘sementara’,” ujarnya.

Mohd Puad berkata, mengikut gaya berfikir Tun Mahathir, ‘sementara’ adalah bermaksud, satu tempoh sehingga Mukhriz dapat dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

“Inilah risiko melantik perdana menteri recycle. Masuk lubang biawak kali kedua.

“Pokoknya Tun Mahathir memang hebat kerana berjaya menjinakkan mereka yang sebelum ini adalah musuh ketatnya iaitu Lim Kit Siang, Mohammad Sabu termasuk Wan Azizah,” katanya.

Tambahnya, Tun Mahathir hebat kerana hari ini segala-galanya terbalik kerana berjaya diterbalikkan oleh Tun Mahathir yang berusia 93 tahun, pernah menjadi diktator 22 tahun dan kini di recycle menjadi perdana menteri oleh musuh ketatnya sendiri.
Loading...

Related

tun mahathir 7521458981500617829

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item