satusabah

Datuk Sapawi Ahmad stabil

Kota Kinabalu: Keadaan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad yang cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Beaufort, petang semalam, dilaporkan stabil.

Timbalan Pengarah Yayasan Sabah Rosmawati Lasuki berkata, keadaan Sapawi selamat dan tidak seteruk yang digambarkan.

"Beliau (Sapawi) tidak dapat bersama kita pada hari ini kerana mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan, petang semalam, dan saya ada melawatnya di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) dan keadaannya selamat.

"Sapawi perlu rehat atas nasihat doktor dan perlu dirawat untuk beberapa ketika lagi. Kita sama-sama doakan agar kesihatan beliau terus baik," katanya sebelum membacakan teks ucapan Sapawi pada majlis pelancaran Ulang Tahun ke-50 Yayasan Sabah, di sini, pagi tadi.

Terdahulu, majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Musa Aman.

Sapawi kini dipindahkan dari Hospital Beaufort ke HQE 2 untuk membolehkan doktor terus memantau keadaanya.

Dalam kejadian jam 4.10 petang semalam, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Land Cruiser dinaiki Sapawi bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di kilometer 18.5 Jalan Beaufort - Sipitang. - HMetro Online
Loading...

Related

Berita Sabah Terkini 4471262064174095649

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item