satusabah

Jangan Panik Dengar Bunyi Tembakan - Ocpd Semporna

Sekadar Gambar Hiasan
SEMPORNA, 9 Mei - Orang ramai di daerah Semporna dinasihatkan agar tidak panik jika terdengar bunyi tembakan ekoran latihan menembak polis yang akan dijalankan di Pulau Batik di sini, selama tiga hari mulai 10 Mei.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas dalam kenyataan media berkata latihan menembak di kawasan itu akan dijalankan untuk senjata jenis Colt APC/ M203 dan FN SCAR-H 7.62 MM oleh Skuadron Alpha 69 Komando.

Katanya, latihan yang bakal dijalani termasuk tembakan menggunakan senjata COLT APC/M203 dari bot ke darat dan tembak senjata FN SCAR-H 7.62 ke darat serta tembak 'very light pistol' ke udara.

Beliau berkata latihan itu akan dijalankan pada waktu siang dan malam, sehubungan itu orang awam dilarang menghampiri kawasan pulau berkenaan.

-- BERNAMA
Loading...

Related

semporna 6477073284846749130

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item