satusabah

Lelaki maut dalam kemalangan

Beginilah keadaan kenderaan yang dipandu mangsa selepas dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda. Kelihatan mangsa tersepit dalam kenderaan yang dipandu.
KENINGAU: Seorang lelaki tempatan maut dalam kemalangan yang berlaku di kilometer 38 jalan Keningau-Sook berhadapan Supermarket BJT lebih kurang jam 5.30 petang pada Selasa.

Ketua Polis Keningau Deputi Supritenden Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa Jakilin Maraman 51, berasal dari Kg. Malima Sook maut serta merta di tempat akibat kecederaan parak dan tersepit dibahagian depan pemandu.

Katanya, kemalangan berlaku semasa kenderaan pacuan empat roda yang bergerak dari arah Sook menuju ke Keningau manakala kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh mangsa keluar dari simpang Supermaket BJT membelok ke kanan menuju ke arah Sook.

“Oleh kerana jarak terlalu dekat, pemandu pacuan empat roda itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar pada bahagian pintu sebelah kanan kenderaan Perodua Myvi tersebut,” katanya.

Jelasnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang yang juga adik mangsa, Rustin Maraman 50, mengalami cedera parah di tengkuk dan dirujuk ke Klinik Sook seterusnya dihantar ke Hospital Keningau untuk menerima rawatan lanjut manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda iaitu Ting Sieng Hing 49, dan penumpangnya Fendy Wong 32, berasal dari Penampang, Kota Kinabalu hanya mengalami cedera ringan.

Katanya lagi, hasil siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian simati, iaitu pemandu Perodua Myvi kerana keluar dari simpang tanpa memastikan keadaan lalulintas selamat.

Kes disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
Loading...

Related

NewSabahTimes 7101807184807030329

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item