satusabah

Polis sahkan video pelajar dipukul warden

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan rakaman video pelajar dipukul warden di sebuah sekolah vokasional di Sungai Buloh yang menjadi viral di media sosial sejak semalam, adalah benar.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kejadian itu.

"Polis menerima laporan berkaitan kes itu daripada seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sekolah terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 10.25 pagi semalam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abd Rahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 5.30 petang Khamis lalu, di asrama Kolej Vokasional Sungai Buloh dan video kejadian yang dirakam mula tersebar di laman media sosial petang semalam.

Beliau berkata polis menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Video berdurasi seminit 10 saat itu menunjukkan seorang pelajar sekolah dipukul warden dengan memijaknya kerana pelajar itu dikatakan melakukan kesalahan. - HMetro Online
Loading...

Related

Berita Semasa 3715358311729015660

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item