satusabah

Sabah Tidak Layan Tuntutan - Musa Aman

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman
KOTA KINABALU - Sabah tidak pernah mengiktiraf atau mengakui tuntutan oleh Filipina atau mana-mana pihak lain ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini.

"Biar saya jelaskan, Sabah berada dalam Malaysia dan memilih untuk kekal dalam Persekutuan Malaysia dan akan terus menjadi sebahagian daripada negara yang berdaulat ini sejak dari penubuhannya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas hasrat calon Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk meneruskan tuntutan negara itu ke atas Sabah.

Musa berkata penduduk di Sabah telah menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi dalam Malaysia.

"Kesetiaan kami ialah kepada bendera Malaysia. Tuntutan (Filipina) adalah tidak relevan," kata beliau. - BERNAMA
Loading...

Related

Musa Aman 6398078688088297582

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item