satusabah

Xsevier Xcico Felex bersama Malaysia dalam kejohanan Piala Belia B-16 AIFF di India

Skuad B-16 negara kendalian jurulatih P Somasundram akan berlepas ke Goa, India pada Khamis, 12 Mei untuk menyertai kejohanan jemputan Piala Belia B-16 Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) 2016 dari 15 hingga 25 Mei ini.

Kejohanan ini adalah sebagai pemanas badan sebelum India menjadi tuan rumah pusingan akhir Kejuaraan B-16 AFC 2016 yang dijadual berlangsung dari 15 September hingga 2 Oktober depan.

Piala Belia B-16 AIFF 2016 bakal menyaksikan penyertaan lima pasukan terdiri daripada India selaku tuan rumah, Malaysia, Korea Selatan, Tanzania dan Amerika Syarikat.

Malaysia akan membuka tirai saingan bertemu India pada 15 Mei disusuli aksi kedua menentang Korea Selatan pada 17 Mei, rehat pada 19 Mei, berdepan Tanzania pada 21 Mei dan bertemu Amerika Syarikat pada 23 Mei.

Dua pasukan teratas akan bertemu untuk perlawanan akhir manakala pasukan ketiga dan keempat akan bertemu pada perlawanan penentuan tempat ketiga, kedua-dua aksi pada 25 Mei.

Berikut senarai 23 pemain skuad B-16 negara ke Piala Belia B-16 AIFF 2016 yang terdiri daripada pemain-pemain pasukan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-16 yang beraksi dalam saingan Piala Belia 2016 dan kini menduduki tangga kedua Kumpulan B di belakang Felda United selepas 10 perlawanan. 


SENARAI 23 PEMAIN KE PIALA BELIA B-16 AIFF 2016:

1. MUHAMMAD RAFIQ BIN KAMARUDDIN

2. ABDUL HADI BIN HASBOLLAH

3. ARHAMKHUSSYAIRI BIN ABD WAHAD

4. XSEVIER XCICO FELEX

5. HARZAN HAFIZ HAZLIZANIZAN BIN AHWAL

6. MUHAMAD IQBAL HAKEM BIN MOHD HATTA

7. ARIF SHAQIRIN BIN SUHAIMI

8. AMIRULFAZLY BIN MOHD ZAMRI

9. MUHAMMAD IZREEN BIN IZWANDY

10. ZAINUL ARIFIN BIN AHMAD LATIFI

11. AZRIN ADUKA BIN AZAHARI

12. NORAMIRUL BIN AWANG

13. MUHAMMAD FEROZ BIN BAHARUDDIN

14. MUHAMMAD NAJMI IDHAM BIN JOHAN

15. MUHAMMAD ALIF SAFWAN BIN SALLAHUDDIN

16. MUHAMMAD HAFIKRI BIN ABDULLAH

17. MUHAMMAD FARIS BIN MOHD ZABRI

18. AIDIL MIRZA DARWISY BIN MAZHISAM

19. ALIFF HAIQAL BIN LOKMAN HAKIM LAU

20. MUHAMAD AIMAN BIN MOHD ZAIDI

21. MUHAMMAD NIZARRUDDIN BIN JAZI

22. MUHAMMAD A'SIF BIN MASZARRY

23. MUHAMMAD FIRDAUS IRMAN BIN MOHD FADHIL


KOMEN KETUA JURULATIH MALAYSIA B-16, P SOMASUNDRAM

"Sebenarnya persiapan awal kita untuk ke Kejuaraan B-16 AFC 2016 sudah bermula dengan menyertai Piala Belia 2016 dan selepas 10 perlawanan, pasukan SSMP B-16 menunjukkan peningkatan baik. Jadi saya rasa para pemain sudah bersedia untuk memberi tentangan hebat pada kejohanan jemputan ini.

"Dapat berdepan tuan rumah, India dan satu lagi pasukan yang bakal beraksi di Kejuaraan B-16 AFC 2016 iaitu Korea Selatan, saya rasa kami bakal dapat mempelajari sesuatu yang baik daripada kejohanan ini sebelum menghadapi pula Kejuaraan B-16 AFF 2016 di Phnom Penh, Kemboja, Julai ini.

"Sasaran untuk kejohanan jemputan ini ialah untuk kami memperbaiki dan mengenalpasti kelemahan yang ada pada pasukan. Dari situ kita akan kaji juga kekuatan dan kelemahan pasukan seperti India dan Korea Selatan kerana kedua-dua mereka ini berkemungkinan boleh diundi sama kumpulan dengan kita untuk Kejuaraan B-16 AFC 2016 nanti.

"Dari segi pemain, saya lihat keinginan, komitmen dan disiplin mereka sepanjang kempen Piala Belia 2016 setakat ini cukup baik. Cuma kita perlu sedar yang intensiti perlawanan di peringkat antarabangsa ini sudah tentu lebih tinggi berbanding perlawanan domestik.

"Selepas menjalani sesi latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak Ahad lalu, kami akan bertolak ke India pada petang ini (Khamis) dengan satu matlamat yang tinggi kerana ini satu pendedahan cukup baik yang boleh diperoleh pasukan kita ini.

"Sasaran kami mahu melangkah sejauh mana yang boleh dan jika dapat layak ke final kejohanan jemputan ini, ia pasti akan menjadi satu pencapaian yang cukup baik."

Ada 2 pemain dari Sabah yang menjadi wakil dalam kejohanan ini iaitu Xsevier Xcico Felex dan Harzan Hafiz Hazlizanizan Bin Ahwal - Satu Sabah
Loading...

Related

Xsevier Xcico 1242516571287464181

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item